Monday, July 25, 2011

Video : Puasa by Anwar Hadi

Assalamualaikum..


p/s : Tak sabar nak tunggu Ramadhan :)..

Segmen Cari Kembar

Hah? Nak cari kembar? ada ke yang kembar dengan saya dalam blog nih?
hehe.. tak de kot. Saya join segmen cik Najihah pasal blogger yang tarikh lahir sama dengan saya. *adake?* takpe2 kita try dulu yer ^^

nak join klik je header tu.

besday saya sama dengan hari guru..hehe

16 MEI 1992

Hari Isnin.

Assalamualaikum..
Kenapa tajuk entry kali ni hari ni Hari Isnin?..sebabnya kan hari ni kan hari Isnin. hehe tak de lah. Sebenarnya saya tak de idea la nak letak tajuk ape untuk entry kali ni. 
Oke saya nak cite apa yang saya buat hari ni. KOrang nak bace, silakan. Kalo tak nak, suke hatila. Saya bukan paksa pun. 
Hari ni kelas pukul 2 petang *bahagia boleh tido lama* tapi hari ni saya tido kejap jer oke! dari pukul 5 pagi *tido lewat siapkan assignment* sampai pukul 6 lebih. Lepas solat subuh terus mengadap lappy buka blog *sedih da brapa hari dah pesbuk tak boleh buka sebab virus* Dah puas blogwalking, komen entry blogger tengok jam pukul 12. Saya mandi then siap2 nak pegi klas *bajet nak pegi klas awal
Dah siap, sempat lagi posing ambik gambar. hehe *skali skala perasan cun* pukul 1.45 trus pegi umah Syima *classmate saya* pastu terus pegi klas. Sebelum nak print dulu homework tapi atas masalah teknikal kena buat lain lat cc. Sabo je la. ^^
Dah siap print baru pegi klas. Klas pukul 2 tapi saya masuk pukul 2.30. Da habes klas pegi makan. Sian perut saya nanges mintak makanan so saya kasi la dia mi hailam. 
Dah habis makan saya dengan Iqa pegi Fakulti Bahasa kejap *dengar la cik Iqa ni membebel kejap*
Pukul 5 kitorang ada klas Critical Thinking. *memang kritikal la aku kat dalam klas tu* tengok2 klas batal. apalagi? Hip Hip Hooray arr.^___^ 
Balik tu kitorang singgah kat pc fair jap. Cuci2 mata pastu balik. Eh tak sebab cik Teha nak beli makanan jap *masa tu la perut ni meragam sakan tak bole makan pedas siket*
Then terus la balik rumah saya yang tercinta ni. Sampai jer rumah faham2 je la kan ^^ hehehe. 

********************************************************************************************
Nak taip entry ni tergendala sebab tengok Nur Kasih The Movie dulu. Thanks to cik Seeha sebab bagi citer ni dan join saya tengok citer ni. 
psssss... Saya nak bagitau satu rahsia nih
Saya tengok Nur Kasih sampai nanges dan mata bengkak. hehe.. *saya memang suka sangat berfeeling nih*

p/s : nak komen apa komen jer. Saya tak kesah pun ^_^ Sori kalo ada terguna bahasa kasar atau yang tak sepatutnya. Sori oke! ^__________________^


I'm da chubby girl qaseh myra :)

Saturday, July 23, 2011

Rambut Paling Buruk


MEREKA mungkin menyangka mereka mencipta gaya baru. Tetapi fesyen rambut mereka itu sebenarnya memalukan dan dianggap sebagai potongan rambut paling buruk di dunia.
Koleksi gaya rambut yang gagal itu termasuk seorang lelaki dengan kepala yang dicukur botak kecuali empat tocang hijau.

Idea seorang wanita jelas begitu hodoh selepas dia membentuk sebuah helikopter, lengkap dengan ekor dan kipas pada tocangnya.


Seorang lelaki bertindak lebih berani dengan gaya rambut yang kelihatan seperti perhiasan kepala yang pernah digunakan Jesus Christ.

Sementara itu, seorang pelajar nakal menghasilkan wajah berjambang di atas kepalanya, mungkin untuk membolehkan dia tidur ketika kuliah.


Fesyen rambut mengejutkan itu disiarkan menerusi laman web Outbrain, tempat pengguna berjenaka mengenai kekurangan fahaman mereka terhadap fesyen.



Seorang lelaki Amerika keturunan Afrika mengambil kesempatan terhadap rambut Afronya, mencukurnya di sebelah atas untuk membentuk topi besbol, mungkin untuk melindunginya daripada cahaya mata hari.

Dalam pada itu seorang punk memeranjatkan rakannya apabila muncul dengan gaya rambut Mohwak gergasi, tegak setinggi lebih setengah meter di atas kepalanya.



sumber : MyMetro