Friday, November 25, 2011

Tak Salah Berfesyen...



Asslamualaikum..

Hye...Oke Kali nih Myra nak tulis pasal fesyen dan hiburan sebab semalam Myra ada pegi talk Ustaz Don Daniyal dengan Sharifah Khasif Fadzilah.

Sebenarnya Islam tak larang umat dia berfesyen dan berhibur tapi kenala ikut garis panduan yang dah ditetapkan kat dalam Islam. Tapi Myra tak dela tulis detail sangat pasal fesyen or hiburan tapi kalau korang nak tau lebih lanjut better refer kat ustaz2 or orang yang memang faham dalam hal2 agama nih.



Untuk perempuan, tak salah kita nak gayakan tudung ikut trend sekarang nih tapi ada syaratnya, tudung atau shawl atau pasmina atau senang citer, hijab yang korang pakai tu mestila dalam keadaan tergantung. Sebabnya kalau angin tiup ker, korang boleh pegang part bawah tudung korang tu. So lepas nih korang kalau nak berfesyen ikut Hana Tajima ker, sape2 ker bolehla yerr... Myra citer ni pun ikut apa yang ustaz Don cakap. Ustaz nih memang simple + sempoi. Tak caya korang tengokla rancangan Asslamualaikum kat TV Alhijrah. Ustaz Don ni tak macam ustaz2 yang lain, cara penyampaian dia memang sangat seronok.

Bagi hiburan plak, sebenarnya maksud hiburan tu sendiri terlalu umum. Tapi kalau korang nak berhibur tu tak la salah cuma pilihla hiburan yang tak melalaikan korang dari melakukan perintah agama. Contohnya main bola tu satu hiburan jugakkan? Mainla bola tu sesuka hati, tapi bila time solat, korang kenala berhenti kejap. Tunaikan kewajipan sebagai seorang umat Islam dulu pastu sambung balik. Oke kan?



Ustaz Don Daniyal is the best!!

p/s: Walaupun dengan berat hati melangkah pergi ke Talk pagi kemarin, tapi untung sangat sebab dapat tambah ilmu saya yang masih kurang nih

Monday, November 21, 2011

Dapat Cuti Tak ?

Assalamualaikum..



Hyee..Mesti ramai antara blogger2 nih yang tengah tengok bola kan? Oke kat sini saya admit yang saya ni sebenarnya tak minat sangat dengan bola nih. haha #betapa jakunnya aku 


Tapi saya nak tanya sikit. Agak2 kalau Malaysia menang, Malaysia dapat cuti tak? hehe
Tapi walaupun saya tak minat bola sepak nih, saya tetap sokong Malaysia oke!
Go! Go! Malaysia!..



p/s : nak bagitau yang tahun lepas punya game ada sepupu saya pun join gak..sebelum ni tak pernah tau pun saya ada sepupu footballer..hehe

Friday, September 23, 2011

Peringatan Untuk Yang Bergelar Perempuan!!

Assalamualaikum..

credits tu Mak Dara  pasal story nih


PERINGATAN UTK KAUM WANITA.... MINTA BACA!!! Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. 

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita.. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. 
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.




p/s : So korang hati2la lepas nih kalau keluar yer...

Lagu Freedom + Lyrics by Maher Zain

Assalamualaikum..

Sapa minat Maher Zain? Mesti korang tau kan pasal lagu Freedom. Saya minat sangat ngan lagu tu.


Freedom by Maher Zain

Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

Tuesday, September 20, 2011

I MISS YOU

Assalamualaikum..
Hyep korang! Sori la lama kan saya tak hapdet blog nih. Sekarang tengah final exam. So susahla siket nak hapdet.*bajet macam study la plak. Ermmm berkaitang ngan tajuk entry, agak2 saya rindu kat sapa? Pak we? Oh no! I'm single and available lagi tau!

Actually saya miss jiran sebelah katil saya masa sekolah menengah dulu aka kawan sekelas. Entahla bila plak boleh jumpa dengan dia. Lupa plak, nama dia Fathah Syaza. Sekarang dia tak de kat bumi Malaysia, dia sambung belajar kat Mesir. Lama siot tak jumpa dia! Rasanya last jumpa pun time ambik result exam. *lama kan? Kengkawan yang lain untungla boleh jumpa dia sebab kitorang ada reunion batch 3 September hari tu. Ramai jugak la yang join walaupun mulanya hampir 10 orang jer yang nak join. Tapi last2 dekat 20 orang yang turun padang. Seriously aku jeles la wei!

Saya memang plan nak pi pun. Tapi last minute punya problem, terpaksa la cancel. Teringat la time exam SPM dulu. Kitorang ni bukan la rajin sangat nak study. Bila ada peluang jer, kitorang keluar jalan2 ambik angin kat bendang. Sekolah kitorang dekat area kampung and dekat ngan bendang. Kononya nak keluar release tension. hehe. Ada sekali tu kami 1 klas *15 orang je pun  Boys+Girls keluar pegi jalan2 kat bendang lepas makan petang. Best sangat memory time tu.

Dah dekat Maghrib kitorang balik hostel. Balik tengok citer Nur Kasih pukul 7. Kitorang tak tengok dekat tv sebab tak de tv. So kitorang mulanya guna fon si Syaza ni la, pastu guna fon saya plak. kecik pun kecik la. Janji boleh tengok. Time malam kitorang study kejap jer Pastu kitorang gilir2 on9 kat laptop ustazah aka warden kami. *sporting giler ustazah! Kalau exam ada gap 1 or  hari, ustazah akan bawak kami keluar makan2 ker kat area Sg Petani. haha. Seriously kami tak rasa macam exam pun.

Well semua tu hanya kenangan manis saya zaman sekolah dulu. Apepun Syaza, aku harap hang tak lupa aku ngan kawan2 len kat sini. Study leklok tau! Gud luck!

We will always miss you very much!

Syaza & me 

 syaza & salwa

naadhirah & syaza


Siha n syaza

Sunday, September 18, 2011

Minggu Ni Minggu Exam Kritical

Assalamualaikum..

Takkan exam kritikal lagi kot?? ..Tak laa...sebenarnya minggu ni jadual saya full straight sampai hari Rabu..
Waduhhh......Esok dimulakan dengan 2 subjek, pastu hari2 berikutnya 1 subjek setiap hari. Ingatkan habis awal. Tapi ada gap seminggu lebih plak and last day 29 ni. So sekarang ni bukan waktu yang sesuai kot untuk on9 25 jam sehari..*bajet x mau on9 la tu...hehehe
Meh sini nak tepek jadual exam saya...

sebarang keblurran atau tak nampak tu harap maaf la yerr...kalo nak tengok pi pinjam kanta pembesar jiran sebelah. Takpun pinjam jer spek mata tok wan punya..kiki

Tuesday, September 13, 2011

Final Exam

Assalamualaikum..
Hurmmm...rasanya sekarang ni musim exam kot..Saya sendiri pun tengah menghadapi final exam untuk semester 3. Mestila harapan saya nak dapat pointer lagi tinggi dari sem lepas. Nak tau pointer saya? Uish x payah kot. Biar saya je la yang tau oke?.. Hari ni hari first final exam saya. Subjek Bahasa Arab. Naseb bek saya ada basic dari sekolah dulu, so boleh la jawab. Tapi untuk next day plak...hurmm subjek2 yang agak mencabar. Maklumla saya sendiri ambik cos English mestila subjek English yang banyak. Kebanyakkan subjek tu semua, subjek killer. Mau tak nya, contoh macam Thinking and reading skill. Full memerlukan kita untuk critical Thinking. 
Semua subjek saya untuk sem ni ada 7. Tapi next week saya punya jadual agak tight sebab 3 hari berturut2 exam. 
Doakan saya boleh jawab yer...


Good Luck For UPSR Candidate

Assalamualaikum..
Esok merupakan hari yang penting untuk pelajar Tahun 6 becoz diorang akan menduduki peperiksaan UPSR. So kepada sesape yang ada adik, sedara, sahabat or jiran2 ataupun dia sendiri yang ambik exam UPSR, I wish U olls Gud Luck. 

Seriously kenangan time sekolah memang kenangan yang manis dan unforgettable moment in my life. Tapi sekarang masing2 da bawak haluan masing2. Saya sendiri pun lepas abes jer sekolah rendah, terus tak jumpa dah kawan2. Rindu nak jumpa diorang semua...

Pape pun Gud Luck K!
Jangan lupe banyakkan berdoa..


Saturday, September 10, 2011

Dapat Adik Baru ???

Assalamualaikum..
Hyep Korang! 

Haha...sapa yang dah baca entry sebelum nih pasal raya saya? Kalo belum meh baca kat SINI oke..
Hehe...
Sebenarnya memang saya dapat adik baru pun. Raya kelima hari tu. Baby boy. Tapi korang kalau nak tau, kitorang adik beradik nih tak tau pun yang mama pregnant. Jangan kata kitorang adik beradik, even orang sekeliling pun tak pernah tau yang mama pregnant sampai la mama bersalin hari tu. Tapi baby ni lahir tak cukup bulan. 7 bulan jer....
Haha...very surprise kan?
Saya pernah buat satu entry pasal saya tak sabar tunggu kelahiran sepupu2 tahun nih. Semuanya 4 orang. Alih2 saya sendiri dapat adik baru...
Sekarang baby tak boleh keluar lagi, kena tahan kat NICU. Sebab tak cukup bulan lahir plus berat pun 1.18 kg jerr.
Sabo yer baby. Haish tak sabar la plak nak tengok muka baby. hehe..
Kitorang ada plan nak bagi nama Muhammad Adam Fitri. Asalnya adik saya yang b ongsu nak bagi nama Aidil Fitri tapi saya tak nak. Sebabnya saya suka sangat nama Adam. Ubah suai siket jadi Adam Fitri. Tapi tak tau lagi la yang pastinya nama apa. Terpulang pada abah pilih nama apa pun.


p/s : Tak sangka umur saya 19 tahun pun dapat adik lagi... hehehe

Hari Raya 2011..

Assalamualaikum korang...
Tengah buat ape? Amboi mentang2 la dalam mood raya lagi, sakannya makan lemang dengan ketupat tu. Papepun enjoy la..
Meh sini saya nak cita siket pasal raya saya tahun nih..
Seriously raya tahun  nih tak m,acam raya tahun2 lepas. Sebabnya :

1. Tak rasa suasana balik kampung sebab parents saya stay kat kampung
2. Tak pegi beraya rumah adik beradik yang lain. Selalunya lepas Zohor kitorang terus balik kampung sebelah abah kat Merbok tapi tahun ni tak pegi mana pun even rumah jiran2...
3. Tak pakai baju raya. Nak kata tak dak, ada. Tapi entahla rasa malas nak pakai baju raya tahun nih.
4. Yang ni special siket. nak tau tunggu entry lepas nih...Rahsia...

Korang punya raya best tak? Mesti best kan.. Menu kat rumah saya time raya hari tu laksa and laksam. Fuhh sedap giler!! sampai menjilat jari tau!


p/s : Terasa lama tak hapdet blog nih 

Thursday, August 25, 2011

Yea!! Balik Kampung!!

Assalamualaikum Korang !!
Agak lama kan saya tak buat entry baru? Bukan malas oke! Tapi saya sibuk siapkan kerja2 yang tertangguh sebelum cuti. Almaklumla dah nak cuti raya kan? Lagipun lepas cuti ni final exam. Kiranya tahun ni kena study la. Tapi semangat raya tu tetap ada. Hehe..
Korang dah balik kampung ke?Tahun ni korang raya kat mana? best tak sambutan raya kat tempat korang?
Papepun korang enjoy la puas2 oke!
Sebenarnya saya ni tengah semangat nak balik kampung. Tak sabar nak berbuka ngan family. Almaklumla sejak dari awal puasa tak balik kampung.
Oke la nanti kalau tak sibuk dengan buat ketupat atau bakar lemang takpun bakar kuih saya buat entry baru (kat kampung tak de line, so tak boleh blogging slalu)




Wednesday, August 17, 2011

Kad Raya

Assalamualaikum...
Teringat dulu2 time sekolah, bila balik dari asrama, mesti tanya kat mama "ada kad raya untuk kakak tak?"
Tapi sekarang dah tak tanya dah sebab saya sendiri pun dah tak anta kad raya kat orang. Almaklumla sibuk dengan study sekarang nih. Masa sekolah dulu, masuk jer bulan Ramadhan mesti terus pegi koop (koperasi) tengok ada jual tak lagi kad ray. Bila dah beli tu semangat bukan main lagi nak tulis. Last2 tak bagi pun. haha
Tapi masa sekolah menengah, beli jugak kad raya. Siap angkat berguni-guni bundle lagi sambil dok kira berapa orang kawan yang nak kena bagi kad raya. Bila ada masa terluang ja saya dengan kawan2 lain sibuk tulis kad raya. Pastu siap suruh kawan yang berulang tolong belikan setem, takpun col abah order kuih raya setem. Dah siap tulis mintak tolong kawan yang berulang tu tolong poskan (untuk kawan2 yang jauh la)
Yang kawan2 dekat kelas atau sekolah tu men tukar2 jer.
Tapi bab2 kad raya ni yang paling saya tak percaya ada pulak adik2 junior bagi kad raya kat saya. siap ada orang perantaraan lagi tau! :)
Sape2 yang bagi kad raya kat saya, saya masih simpan lagi buat kenangan. Thanks yea!

Ape pun sekarang ni tradisi kad raya ni dah makin dilupakan.




Raya atau Merdeka

Assalamualaikum..
Dah beli ke baju raya? Kuih raya da bakar? Ker pakai beli kuih tunjuk jer? 
Hurmm memandangkan raya kita tahun nih 30 Ogos then raya kedua kita sambut Merdeka so kat sini saya nak tanya korang as a Malaysian, mana lagi korang semangat? Sambut raya ke Merdeka?
Tak kisah la apa yang korang pilih yang penting korang cheer and chill oke!
Raya2 jugak. Merdeka2 jugak tapi keselamatan tu yang penting. Kan malang tak berbau. So ingatlah orang yang tersayang (dah macam iklan tv la plak)


atau


yang penting

 chill ! oke!


No Title

Assalamualaikum korang :P
sihat ker? sori lama tak updet blog nih. Ada masalah siket plus sibuk nak siapkan semua keja2 yang tertangguh. Almaklumla dah tak sabar nak balik cuti. hehe
Lagipun minggu depan last klas sebelum cuti raya. Habis jer cuti raya terus final exam. 
Wee... ta sabar nak habiskan semester 3..hip hip hooray!
Erm sebenarnya saya ta tau nak tulis ape malam nih disebabkan kenuntuan nak siapkan report pastu nak study lagi esok ada last midterm paper.Subjek Linguistics II. 
So doakan yang terbaik untuk saya oke.
Hurmm minggu ni ramai kawan2 saya da balik kampung. huhu
sabao je la. Nak tunggu 26 hb baru balik kedah rasa bertahun la plak. Papepun mood sekarang tengah tak sabar nak balik kampung sebab da dengar banyak lagu raya kat radio. 
Kesian kat mama sebab saya tak dapat tolong mama jahit baju raya dengan tolong buat kuih raya. Tak pe nanti kakak balik, kakak tolong mama bakar kuih yer :)

Monday, August 8, 2011

Mimpi Yuyu Zulaikha?

Assalamulaikum
Tengah siap2 nak pi terawih ke? Bagusla..:P
Napa ek saya buat entry nih? haha
Oke saya gitau korang semua 1 rahsia yer...hehe
Satu petang yang indah di bulan ramadahan *cewahh ayat cam drama petang la plak*
saya tidur disebabkan semalaman tak tido langsung so qadho la time siang tu. Nak dijadikan cite, time dekat2 nak bangun dari tido tu, bley plak saya mimpi jumpa Kak Yuyu Zulaikha nih. Saya pelik la macam mana saya boleh mimpi kak Yuyu nih. Korang kenal tak sape Kak Yuyu Zulaikha nih? Nampak beno nipunye kalo tak kenal. haha
Meh sini saye cite serba siket apa yang saya buat dengan kak Yuyu dalam mimpi saya tu. 
Bermula la kisah saya jumpa Kak Yuyu nih kat 1 umah nih. Tuan umah ni nak buat kenduri *kira jumpa kat umah kenduri la* Masa saya tengah tolong tuan umah tu siapkan barang, saya ternampak kak Yuyu baru sampai. So saya pun tegur la dia. blabla dan blabla
Saya ada bagitau dia yang saya minat dia *kira idol untuk blog la* dan saya adala senarai sebab apa saya minat kat dia.
First skali saya bagitau saya minat dia sebab dia dengan saya senegeri ja, oghang utagha. Pastu saya bagitau yang saya suka stail dia berblog. Lepastu................
saya terjaga. Alaaa napa terjaga time orang tengah syok layan mimpi ngan kak Yuyu nih. hihi..Oke mimpi saya ni betul tau. Tak tipu punya. Kan tak baik tipu bulan posa nih. 


klik jer header kak Yuyu tu kalo nak kenal dia..:)


p/s : rasanya sebab selalu jumpa kak Yuyu kat kolej kot. Sebab tu yang sampai terbawak2 dalam mimpi nih :) 

Sunday, August 7, 2011

Nikmat Berpuasa Dengan Family

Assalamualaikum korang semua!...
tengah sahur ea...Ada lagi ker tak sahur tu? Aish!! Bangun cepat nanti masuk waktu imsak baru padan muka...
Seronok la korang bersahur dengan family *kalau yang sahur ngan family la* tapi pernah tak korang berpuasa tanpa keluarga korang? berbuka sendiri, bersahur kena bangun sendiri.
Masuk tahun ni, dah kali kedua saya sambut puasa tanpa family.. Tobat sedih gila!
Dah la posa kat kolej ni sunyi gila! tak sama langsung macam kat umah.
Kalo kat umah mak masakan tapi kat sini kena beli sendiri.. huhu
Tak sabar nak balik umah nak buka posa ngn mama, abah ngan adik2..
Aduhhh dah la tahun ni balik lagi 3 hari nak raya. Sabor sabor...sobsob

Saturday, August 6, 2011

DELS BBQ !!

Assalamualaikum korang!
Mesti pelik kan? Sekarang bulan posa tapi saya wat entry pasal BBQ. hehe rilex2 jangan bersangka buruk dulu, jangan dok bawak lari mouse tu tekan pangkah plak *benda pa la budak ni merapik* Actually, Club course saya ada wat BBQ hari Rabu 2 minggu lepas tapi saya tak boleh nak update sebab anta lappy masuk wad. Lanie da sihat baru boleh update.
Oke sebenarnya tak dak menda sangat pon saya nak citer pasal BBQ tu, tapi saya ada snap banyak gak la pic malam tu. Apa kata kita tengok je pic2 tu semua. 
Layannnn :) *sambil muka tersenyum yer tengok* 











Tahniah Buat Kita !!

Assalamualaikum korang!!
Firstly saya nak ucap tahniah buat diri kita sebab berjaya melanjutkan pelajaran kita yer especially for my old classmate in MMKL..
Tak sangka kita semua pandai yer..Alhamdulillah..
Tadi saya ada buat status kat fb pasal kengkawan yang sambung belajar diploma dan degree..
So meh kat sini saya nak listkan kengkawan yang berjaya sambung belajar..

DIPLOMA

  1. Muhammad Syazwan Mohd Yusof ~ Diploma Pengurusan Perhotelan    
  2. Nur Izzati Johari ~ Dip Nursing ~ Bukit Merah Laketown Institut of Allied Health Science
  3. Naadhirah Naiimi   ~   Dip Bahasa Arab   ~   KUIS
  4. Naasiha Sakina Rafiq Ahmed   ~   Dip Syariah Law   ~   KUIS
  5. Nur Salwa Basri   ~   Dip Syariah Law   ~   KUIS
  6. Nor Amirah Azhar   ~   Dip English Language Studies   ~   KUIS
  7. Hijazi Roslan   ~   Dip Islamic Banking   ~   KUIM
  8. Muhammad Zakwan Dzulkeflee   ~   Dip Kaunseling   ~   KUIM
  9. Muhammad Hafiz Rusli   ~   Dip Pre Law   ~   UITM
  10. Nurul Nadia Masri   ~   Dip in Marketing   ~  Poli Sultan Azlan Shah
  11. MuhammadZul Abu Bakar   ~   Dip in Civil Engineering   ~   UITM
  12. Muhammad Amin Mohd Nazri   ~   ?   ~   KUIN
  13. Muhammad Amerul Abd Halim   ~   Dip Perguruan (Matematik)   ~   IPG Darul Aman


IJAZAH SARJANA MUDA

  1. Ain Latifah Md Isa   ~   Bahasa Arab   ~   USIM
  2. Aisyah Afandi   ~   ?   ~
  3. Muhammad Ariff Dzolkiple   ~   Bahasa Arab   ~   USIM
  4. Muhammad Irfan Syahid   ~   Pengajian Al-Quran & Multimedia  ~   USIM
  5. Syameen Yahaya   ~   Akaun   ~   UITM
  6. Zainal Abidin    ~   ?   ~   ?
  7. Mudzzammil Md Zaid   ~   ?   ~   Mesir
  8. Fathah Syaza Zulfikri   ~   ?   ~   Mesir


p/s: sori la sebab ada "?" banyak...ade yg matrik ade yg STAM..Saya pon x smpat nk tanya ape yg diorang dapat...So nnti bila saya da tau saya akan updet la yerr..:))

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam sayang korang semua :)

amadhan al Mubarak buat kawan2 blog saya yang sudi follow, blogwalking, singgah, jalan2 cari makan, yang tersesat kat blog saya and so on and so forth.
Semoga kita dapat top up amalan kita yang kurang sebelum ni. Kita juga kena saling bermaaf-maafan bukan time raya je tau kita kena minta maaf. 


Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan :
"Ya Allah, abaikanlah puasa umat Muhammad jika sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 perkara: tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada ke2 org tuanya, tak bermaafan antara suami isteri & tak bermaafan dengan orang sekitarnya".



So, saya nak minta maaf la kat korang semua kalo saya ada "ter"buat salah dengan korang yer..



Dan yang terakhir sekali :
=


=


=


=


=


=


=


=


=




Jangan lupa solat Terawih!  

~ Sabo Je la ~

Assalamualaikum..
Baru balik tarawih ke? Rajinnya. Sori sangat2 sebab da lama saya tak hapdet blog nih. Rasanya dekat seminggu kot sebab lappy saya masuk wad angkara virus tak guna tu.
Yang lagi saya angin saya anta lappy tu malam Khamis pastu pakcik kedai tu cakap ambik hari Jumaat pukul 2 petang. Dah pegi pukul 1 *balik dari usrah terus pegi sebab ingatkan da siap* skali pakcik tu cakap pukul 3 petang plak. Sabo je la kan. Saya turun pukul 3 dia da tutup kedai sampai la hari ni tak buka2. Mau tak angin saya!
Dah la assignment betimbun. Ada plak yang nak kena anta hari Selasa. Naseb baik ustazah tu baik dia bagi tempoh lagi seminggu. 
So for those who want to get angry with becoz I'm not finished the assignment, better U do by urself!
Oke ! Harap2 esok pakcik buka yer. Dah seminggu lappy saya terperap kat dalam kedai pakcik. Kalo pakcik tak nak buka meh sini saya tolong bomkan kedai pakcik. 


p/s : Sori kalo bahasa saya agak kureng siket sebab tension banyak keje tertangguh. Ni pun guna lappy ehsan dari Cik Seeha 

Monday, July 25, 2011

Video : Puasa by Anwar Hadi

Assalamualaikum..


p/s : Tak sabar nak tunggu Ramadhan :)..

Segmen Cari Kembar

Hah? Nak cari kembar? ada ke yang kembar dengan saya dalam blog nih?
hehe.. tak de kot. Saya join segmen cik Najihah pasal blogger yang tarikh lahir sama dengan saya. *adake?* takpe2 kita try dulu yer ^^

nak join klik je header tu.

besday saya sama dengan hari guru..hehe

16 MEI 1992

Hari Isnin.

Assalamualaikum..
Kenapa tajuk entry kali ni hari ni Hari Isnin?..sebabnya kan hari ni kan hari Isnin. hehe tak de lah. Sebenarnya saya tak de idea la nak letak tajuk ape untuk entry kali ni. 
Oke saya nak cite apa yang saya buat hari ni. KOrang nak bace, silakan. Kalo tak nak, suke hatila. Saya bukan paksa pun. 
Hari ni kelas pukul 2 petang *bahagia boleh tido lama* tapi hari ni saya tido kejap jer oke! dari pukul 5 pagi *tido lewat siapkan assignment* sampai pukul 6 lebih. Lepas solat subuh terus mengadap lappy buka blog *sedih da brapa hari dah pesbuk tak boleh buka sebab virus* Dah puas blogwalking, komen entry blogger tengok jam pukul 12. Saya mandi then siap2 nak pegi klas *bajet nak pegi klas awal* 
Dah siap, sempat lagi posing ambik gambar. hehe *skali skala perasan cun* pukul 1.45 trus pegi umah Syima *classmate saya* pastu terus pegi klas. Sebelum nak print dulu homework tapi atas masalah teknikal kena buat lain lat cc. Sabo je la. ^^
Dah siap print baru pegi klas. Klas pukul 2 tapi saya masuk pukul 2.30. Da habes klas pegi makan. Sian perut saya nanges mintak makanan so saya kasi la dia mi hailam. 
Dah habis makan saya dengan Iqa pegi Fakulti Bahasa kejap *dengar la cik Iqa ni membebel kejap*
Pukul 5 kitorang ada klas Critical Thinking. *memang kritikal la aku kat dalam klas tu* tengok2 klas batal. apalagi? Hip Hip Hooray arr.^___^ 
Balik tu kitorang singgah kat pc fair jap. Cuci2 mata pastu balik. Eh tak sebab cik Teha nak beli makanan jap *masa tu la perut ni meragam sakan tak bole makan pedas siket*
Then terus la balik rumah saya yang tercinta ni. Sampai jer rumah faham2 je la kan ^^ hehehe. 

********************************************************************************************
Nak taip entry ni tergendala sebab tengok Nur Kasih The Movie dulu. Thanks to cik Seeha sebab bagi citer ni dan join saya tengok citer ni. 
psssss... Saya nak bagitau satu rahsia nih
Saya tengok Nur Kasih sampai nanges dan mata bengkak. hehe.. *saya memang suka sangat berfeeling nih*

p/s : nak komen apa komen jer. Saya tak kesah pun ^_^ Sori kalo ada terguna bahasa kasar atau yang tak sepatutnya. Sori oke! ^__________________^


I'm da chubby girl qaseh myra :)

Saturday, July 23, 2011

Rambut Paling Buruk


MEREKA mungkin menyangka mereka mencipta gaya baru. Tetapi fesyen rambut mereka itu sebenarnya memalukan dan dianggap sebagai potongan rambut paling buruk di dunia.
Koleksi gaya rambut yang gagal itu termasuk seorang lelaki dengan kepala yang dicukur botak kecuali empat tocang hijau.

Idea seorang wanita jelas begitu hodoh selepas dia membentuk sebuah helikopter, lengkap dengan ekor dan kipas pada tocangnya.


Seorang lelaki bertindak lebih berani dengan gaya rambut yang kelihatan seperti perhiasan kepala yang pernah digunakan Jesus Christ.

Sementara itu, seorang pelajar nakal menghasilkan wajah berjambang di atas kepalanya, mungkin untuk membolehkan dia tidur ketika kuliah.


Fesyen rambut mengejutkan itu disiarkan menerusi laman web Outbrain, tempat pengguna berjenaka mengenai kekurangan fahaman mereka terhadap fesyen.



Seorang lelaki Amerika keturunan Afrika mengambil kesempatan terhadap rambut Afronya, mencukurnya di sebelah atas untuk membentuk topi besbol, mungkin untuk melindunginya daripada cahaya mata hari.

Dalam pada itu seorang punk memeranjatkan rakannya apabila muncul dengan gaya rambut Mohwak gergasi, tegak setinggi lebih setengah meter di atas kepalanya.



sumber : MyMetro

Kartun Dulu-dulu

Assalamualaikum
Saya masa kecik2 dulu suka sangat tengok kartun, tapi bila dah besar ni kurang minat la nak tengok kartun nih. Dulu bila hari Jumaat ngan Sabtu kan cuti sekolah *kat Kedah* saya dengan adik2 saya wajib bila bangun pagi sarapan dengan kartun. haha. Sampai kami ni kena marah dengan mama sebab tak mandi. Dahtu kalo tengok sejam dua tak pa la jugak. Kalo dah boleh tengok kartun tu dari pukul 8 sampai pukul 12 tengahari tak beganjak dari depan tv sampai mama pon cakap "hampa makan la kartun tu hari ni". Meh sini saya cite sikit pasal kartun2 yang pernah saya tengok masa kecik2 dulu.


1.) Usop Santorian - Ditayangkan pada tahun 1993-1996,Usop Santorian ni merupakan kartun animasi pertama kat Malaysia. Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet. Usop Santorian ni ada 49 episod.


2.) Keluang Man - ditayangkan pada tahun 1998-2003, Keluang man merupakan watak kepada seorang pesakit mental iaitu Borhan yang juga seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital Tampoi. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin.

3.) Yokies - Disiarkan pada tahun 1998, saya tak berapa ingat sangat pasal kartun ni tapi yang saya tau kartun Yokies ni merupakan sebuah keluarga yang berbentu telur dan tinggal di dalam rumah telur. Sape yang pernah tengok citer ni?

4.) Teletubbies - Ditayangkan pada 31 Mac 1997 hingga 5 Januari 2001, watak Teletubbies ialah Tinky Winky, Dipsy, Laa Laa, dan Po. Jumlah episodnya ialah 365 dan bersiaran selama 24 minit. 
  • Tinky Winky ialah Teletubby lelaki tertua. Berwarna ungu dengan bentuk segitiga di kepalanya. Barang kesayangannya adalah tas tangan.
  • Dipsy, ialah Teletubby lelaki berwarna hijau. Barang kesayangannya adalah topi bercorak hitam putih. Punya bentuk garis lurus di atas kepalanya.
  • Laa-Laa, ialah Teletubby perempuan kuning. Hobinya bermain bola. Memiliki bentuk spiral di atas kepalanya.
  • Po, ialah Teletubby perempuan merah yang terkecil. Hobinya bermain skuter. Memiliki bentuk lingkaran di kepalanya.


5.) Barney & Friends - Mula ditayangkan pada tahun 1992 di Amerika Syarikat. Barney merupakan seekor dinasour berwarna ungu dan menyampaikan pelajaran melalui nyanyian dan tariaserta suka bersahabat. Saya paling suka lagu Barney I Love U!


6.) Anak-Anak Sidek - Mengisahkan 5 adik beradik iaitu Bun, Alan, Ajib, Aman, dan Adul. Anak2 Sidek nih of kos la citer pasal badminton kan? Tapi saya paling tak suka bila part gelanggang, shuttlecock n cicak cakap. Saya paling suka watak Bun sebab dia ni cool. haha bukan macam Ajib tu suka merepot.