Thursday, August 25, 2011

Yea!! Balik Kampung!!

Assalamualaikum Korang !!
Agak lama kan saya tak buat entry baru? Bukan malas oke! Tapi saya sibuk siapkan kerja2 yang tertangguh sebelum cuti. Almaklumla dah nak cuti raya kan? Lagipun lepas cuti ni final exam. Kiranya tahun ni kena study la. Tapi semangat raya tu tetap ada. Hehe..
Korang dah balik kampung ke?Tahun ni korang raya kat mana? best tak sambutan raya kat tempat korang?
Papepun korang enjoy la puas2 oke!
Sebenarnya saya ni tengah semangat nak balik kampung. Tak sabar nak berbuka ngan family. Almaklumla sejak dari awal puasa tak balik kampung.
Oke la nanti kalau tak sibuk dengan buat ketupat atau bakar lemang takpun bakar kuih saya buat entry baru (kat kampung tak de line, so tak boleh blogging slalu)




Wednesday, August 17, 2011

Kad Raya

Assalamualaikum...
Teringat dulu2 time sekolah, bila balik dari asrama, mesti tanya kat mama "ada kad raya untuk kakak tak?"
Tapi sekarang dah tak tanya dah sebab saya sendiri pun dah tak anta kad raya kat orang. Almaklumla sibuk dengan study sekarang nih. Masa sekolah dulu, masuk jer bulan Ramadhan mesti terus pegi koop (koperasi) tengok ada jual tak lagi kad ray. Bila dah beli tu semangat bukan main lagi nak tulis. Last2 tak bagi pun. haha
Tapi masa sekolah menengah, beli jugak kad raya. Siap angkat berguni-guni bundle lagi sambil dok kira berapa orang kawan yang nak kena bagi kad raya. Bila ada masa terluang ja saya dengan kawan2 lain sibuk tulis kad raya. Pastu siap suruh kawan yang berulang tolong belikan setem, takpun col abah order kuih raya setem. Dah siap tulis mintak tolong kawan yang berulang tu tolong poskan (untuk kawan2 yang jauh la)
Yang kawan2 dekat kelas atau sekolah tu men tukar2 jer.
Tapi bab2 kad raya ni yang paling saya tak percaya ada pulak adik2 junior bagi kad raya kat saya. siap ada orang perantaraan lagi tau! :)
Sape2 yang bagi kad raya kat saya, saya masih simpan lagi buat kenangan. Thanks yea!

Ape pun sekarang ni tradisi kad raya ni dah makin dilupakan.




Raya atau Merdeka

Assalamualaikum..
Dah beli ke baju raya? Kuih raya da bakar? Ker pakai beli kuih tunjuk jer? 
Hurmm memandangkan raya kita tahun nih 30 Ogos then raya kedua kita sambut Merdeka so kat sini saya nak tanya korang as a Malaysian, mana lagi korang semangat? Sambut raya ke Merdeka?
Tak kisah la apa yang korang pilih yang penting korang cheer and chill oke!
Raya2 jugak. Merdeka2 jugak tapi keselamatan tu yang penting. Kan malang tak berbau. So ingatlah orang yang tersayang (dah macam iklan tv la plak)


atau


yang penting

 chill ! oke!


No Title

Assalamualaikum korang :P
sihat ker? sori lama tak updet blog nih. Ada masalah siket plus sibuk nak siapkan semua keja2 yang tertangguh. Almaklumla dah tak sabar nak balik cuti. hehe
Lagipun minggu depan last klas sebelum cuti raya. Habis jer cuti raya terus final exam. 
Wee... ta sabar nak habiskan semester 3..hip hip hooray!
Erm sebenarnya saya ta tau nak tulis ape malam nih disebabkan kenuntuan nak siapkan report pastu nak study lagi esok ada last midterm paper.Subjek Linguistics II. 
So doakan yang terbaik untuk saya oke.
Hurmm minggu ni ramai kawan2 saya da balik kampung. huhu
sabao je la. Nak tunggu 26 hb baru balik kedah rasa bertahun la plak. Papepun mood sekarang tengah tak sabar nak balik kampung sebab da dengar banyak lagu raya kat radio. 
Kesian kat mama sebab saya tak dapat tolong mama jahit baju raya dengan tolong buat kuih raya. Tak pe nanti kakak balik, kakak tolong mama bakar kuih yer :)