Assalamualaikum
Saya masa kecik2 dulu suka sangat tengok kartun, tapi bila dah besar ni kurang minat la nak tengok kartun nih. Dulu bila hari Jumaat ngan Sabtu kan cuti sekolah *kat Kedah* saya dengan adik2 saya wajib bila bangun pagi sarapan dengan kartun. haha. Sampai kami ni kena marah dengan mama sebab tak mandi. Dahtu kalo tengok sejam dua tak pa la jugak. Kalo dah boleh tengok kartun tu dari pukul 8 sampai pukul 12 tengahari tak beganjak dari depan tv sampai mama pon cakap "hampa makan la kartun tu hari ni". Meh sini saya cite sikit pasal kartun2 yang pernah saya tengok masa kecik2 dulu.
1.) Usop Santorian - Ditayangkan pada tahun 1993-1996,Usop Santorian ni merupakan kartun animasi pertama kat Malaysia. Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet. Usop Santorian ni ada 49 episod.
2.) Keluang Man - ditayangkan pada tahun 1998-2003, Keluang man merupakan watak kepada seorang pesakit mental iaitu Borhan yang juga seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital Tampoi. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin.
3.) Yokies - Disiarkan pada tahun 1998, saya tak berapa ingat sangat pasal kartun ni tapi yang saya tau kartun Yokies ni merupakan sebuah keluarga yang berbentu telur dan tinggal di dalam rumah telur. Sape yang pernah tengok citer ni?
4.) Teletubbies - Ditayangkan pada 31 Mac 1997 hingga 5 Januari 2001, watak Teletubbies ialah Tinky Winky, Dipsy, Laa Laa, dan Po. Jumlah episodnya ialah 365 dan bersiaran selama 24 minit.
- Tinky Winky ialah Teletubby lelaki tertua. Berwarna ungu dengan bentuk segitiga di kepalanya. Barang kesayangannya adalah tas tangan.
- Dipsy, ialah Teletubby lelaki berwarna hijau. Barang kesayangannya adalah topi bercorak hitam putih. Punya bentuk garis lurus di atas kepalanya.
- Laa-Laa, ialah Teletubby perempuan kuning. Hobinya bermain bola. Memiliki bentuk spiral di atas kepalanya.
- Po, ialah Teletubby perempuan merah yang terkecil. Hobinya bermain skuter. Memiliki bentuk lingkaran di kepalanya.
5.) Barney & Friends - Mula ditayangkan pada tahun 1992 di Amerika Syarikat. Barney merupakan seekor dinasour berwarna ungu dan menyampaikan pelajaran melalui nyanyian dan tariaserta suka bersahabat. Saya paling suka lagu Barney I Love U!
6.) Anak-Anak Sidek - Mengisahkan 5 adik beradik iaitu Bun, Alan, Ajib, Aman, dan Adul. Anak2 Sidek nih of kos la citer pasal badminton kan? Tapi saya paling tak suka bila part gelanggang, shuttlecock n cicak cakap. Saya paling suka watak Bun sebab dia ni cool. haha bukan macam Ajib tu suka merepot.
4 orang sayang Myra :D:
haha. saya selalu tengok 4 yang atas tu dengan anak-anak sidek. plus dragon ball! sebab adik laki tengok. so, join sekaki.
yokies da best la ^^
@.izzati liyana. : haha.. sama la..saya suka tengok kartun dengan adik2 saya..sebenarnya banya lagi kartun nak senarai tapi lupa..:)
@Cerah Jeff : tau x pa..kartun dulu is da best..:)
heeee..teringat dulu2 laa..semua kartun kat atas tu saya tengok! :D
Post a Comment