Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam sayang korang semua :)

amadhan al Mubarak buat kawan2 blog saya yang sudi follow, blogwalking, singgah, jalan2 cari makan, yang tersesat kat blog saya and so on and so forth.
Semoga kita dapat top up amalan kita yang kurang sebelum ni. Kita juga kena saling bermaaf-maafan bukan time raya je tau kita kena minta maaf. 


Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan :
"Ya Allah, abaikanlah puasa umat Muhammad jika sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 perkara: tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada ke2 org tuanya, tak bermaafan antara suami isteri & tak bermaafan dengan orang sekitarnya".



So, saya nak minta maaf la kat korang semua kalo saya ada "ter"buat salah dengan korang yer..



Dan yang terakhir sekali :
=


=


=


=


=


=


=


=


=




Jangan lupa solat Terawih!  

Friday, July 22, 2011

Maksud Sebenar PEPSI

Assalamualaikum..
Maksud PEPSI tu sebenarnya
P = Pay
E = Every
P = Penny
S = Single
I = Israel
so, kalo digabungkan jadila Pay Every Penny Single Israel. 

Legging BUKAN Seluar!

Assalamualaikum..
Tadi masa saya tengah blogwalking, terjumpa plak dengan dokumentari tentanf Lengging bukan seluar. Tau tak napa legging bukan seluar? Sebabnya legging tukan stretching of cos la ikut bentuk kan? 
Papun korang layan la video ni dulu yer *mat saleh pon tau yang lengging tu bukan seluar, tapi kita?*



p/s : harap2 tak payah la pakai lengging tu kat luar yer. Buat malu n dapat dosa jer kalo orang tengok. Renung-renungkan dan selamat beramal.

credit to : ChaIyOk-ChaIyOk

Pemilik Sebenar Iklan Nie

Assalamualaikum n gud late night..ngee~

Oke, tadi saya ada join ceramah motivasi dekat kolej saya.. U olls guess what? Dia ni merupakan pemilik asal iklan ni then di jual kepada Petronas. 


Yang buat saya kagum dengan dia ni ialah sebenarnya dia hanya mempunyai satu jer kaki. So thats mean dia dalah golongan OKU. Tapi saya sebenarnya memang sangat2 kagum dengan kejayaan dan ketabahan dia even dia macam tu. Saya dengar dia bercerita pasal pengalaman dia belajar dulu memang sedih sangat sebab dia asalnya orang susah. Tapi da pandai berdikari sejak darjah 1 lagi. 

nilah orangnya Raja Shamri Raja Husin

Klik la SINI kalo nak tau lagi detail pasal Raja Shamri nih..:)

Wednesday, July 20, 2011

Koleksi Google Doodle Bulan Julai (part 1)

Assalamualaikum..
Hai u olls..Hari bila buka je cik google, tengok doodle lain plak. Ada kacang hijau. Sempena sambutan ulang tahun Gregor Mendel. Kalau nak tau lebih lanjut pasal dia ni klik kat SINI jer...
oke la saya nak pelekat gambar2 Google doodle sepanjang bulan Julai nih.

1 Julai 2011 (Cabotage and Turkish Maritime Festival - (Turkey))

Dorothea MacKellar's 126th Birthday - (Australia)

D4G Poland Winner - (Poland)

2 Julai 2011 (Pedro Paulet's 137th Birthday - (Peru))

4 Julai 2011 (US Independence Day - (US))

5 Julai 2011 (Venezuela Independence Day - (Venezuela))

7 Julai 2011 (Miroslav Krleza's 118th Birthday - (Croatia))

8 Julai 2011 (Jean de la Fontaine's 390th Birthday - (France))

9 Julai 2011 (Argentina Independence Day - (Argentina))

12 Julai 2011 (450th Anniversary of St. Basil's - (Selected Countries))

13 Julai 2011 (Sir George Gilbert Scott's 200th Birthday - (UK))

14 julai 2011 (Bastille Day 2011 - (France))

18 Julai 2011 (Marine Day - (Japan))

19 Julai 2011 (Xu Beihong's 116th Birthday - (China, Hong Kong, Taiwan))

20 Julai 2011 (Colombian Independence Day - (Colombia))

Gregor Mendel's 189th Birthday - (Global)

p/s : Kalo nak tau lebih lanjut cari sendiri jer kat cik google yerr...
Nanti kalo saya rajin *_*  saya letak lagi gamabr2 doodles dari Google yerr..
Oke la. nak siapkan presentation untuk esok dulu. 
Bye!










Monday, July 18, 2011

Hati-hati !! Virus Baru Sedang Tersebar !

Assalamualaikum..

Kat sini saya nak bagitau something. Tadi saya ada wat entry tajuk "Saya Kena Hack Ke?".
Tapi sekarang saya baru tau yang tu bukan hack, tapi VIRUS!
Lagi sekali VIRUS OK!!
Kalau nak tau virus tu disebarkan melalui chat di Facebook.
Kalau nak tau macam mana dia antar, boleh la baca kat entry saya yang nih,
 Saya Kena Hack Ker?


p/s: kalo orang anta chat pelik2 dengan korang, better korang jangan layan walaupon orang yang anta chat tu orang yang anda kenal! Kang tak pasal2 dapat free virus malware

Saya Kena Hack ker??

Assalamualaikum..
Saya kena hacks ker?? Meg=h sini saya nak cita siket. Tengahari tadi dalam kol 12 saya tengah siapkan assignment. Sambil tu buka la 2 laman besawang sesawang febret saya nih pesbuk ngn belog. Tetibe ada la kak senior cos saya anta chat kat pesbuk.*padahal bukan akak tu pun*
Dy anta lebih kurang macam ni la kat chat saya

hi. how are you?

Wanna laugh? :)

It is you on the video ?)) want to see?)


Mula tu saya ingatkan video time kitorang punyacos dinner
tapi saya terkejut bila dia bagi link
Bila saya klik jer kat link tu dy buka Utube...lagi la terkejut tahap monyet makan cabai sebab title video tu ada nama saya, pastu semua friends saya komen kat situ ntah pa2..
yang dah view pon ramai gilaa! Nak tau berapa? 23473 org view!
Ni antara komen2 yang ada kat situ:

He must have been shamed to do that :))) Hana Farhanah 5 minutes ago
I had to update Flash Player, but it was worth it :)) this video is the very best! Syafiah Amalyna 6 minutes ago
one word for it – TERRIBLE!! Ariff Dzol 7 minutes ago
Breathtaking... Ahmad Pouzai 19 minutes ago* yg ni lg saya terkejut nak mampos! atok sedara saya komen?


Pastu "DIA" kata nak out selama sejam. Saya bagi link tu kat kawan saya suruh dia tolong tengok jap video tu. Tapi, dia pon tak boleh buka.
So ape motif "DIA" nak buat macam tu?
Lagi satu! tak lama lepas tu laptop saya ada notice suruh saya reboot sebab ada virus malware!
Ada sape2 yang pernah kena macam ni tak??
Tak ppon boleh bagitau saya apa sebenarnya yang berlaku?
Adakah pesbuk saya di hacks?

Friday, July 15, 2011

Pantang Larang Orang Dulu

Asslamualaikum ..

Pernah tak mak kita tegur kita pastu kata "kalau orang tua2 dulu tak bagi ....." dan ayat yang sewaktu dengannya. *ikut negeri masing2 punya loghat
 Mesti bersebabkan kenapa mak kita cakap macam tu dan orang tua dulu2 pesan macam tu. Sebenarnya ada nasihat disebalik apa yang mereka larang.
Jom tengok contoh pesan orang tua dan sebabnya. Tapi yang saya senaraikan ni mengikut apa yang saya tau dan pernah dengar kat negeri saya Kedah. 

     1. Jangan duduk atas bantal, takut nanti jadi bisul. 
Diorang pesan camtu sebabnya takut nanti bantal pecah. Lagi 1, kan bantal tempat kita letak kepala, so tak elokla kita letak kepala pastu kita duduk plak atas bantal tu.

     2. Anak dara jangan nyanyi dekat dapur nanti dapat laki tua. 
Yang ni saya saya selalu buat. hihi.. Nak buat cam mana, dah hobi saya suka menyanyi *kalau suara cam Siti tak pe jugak! harap2 la tak dapat laki tua. Sebab musababnya adalah bila kita nyanyi dengan suara yang lunak dan perasan merdu tu, kita tak fokus plak apa yang kita masak. Takut bukan ja kita masak hangit,  mak mertua nak masuk meminag pun tak jadi. Beringatla yer..

     3. Jangan duduk depan pintu, nanti lambat kahwin
Kan nampak tak elok kalau duduk kat depan pintu tu. Tiba2 ada orang buka pintu tu,kan dah kena.

     4. Jangan Potong kuku mama, takut pendek umur.
Orang tua dulu tak bagi potong kuku malam2 sebabnya takut terpotong isi sekali tak pasal2 nangis tak berlagu. Kan dulu guna sumber cahaya dari pelita ja. Sekarang lainla sebab dah ada elektrik. 

    5. Jangan mengintai orang mandi, takut jadi ketumbit.
Tak baik tau intai orang mandi. Orang dulu2 mana ada tandas tertutup macam sekarang. Lagipun orang tengah mandi pakaiannya bukan la proper sangat kan? Berkemban jer. So, kepada sesiape yang mempunyai mata yang agak2 gatal tu elokla pergi rawat yer.

   6. Kalau makan nasi kena habiskan, takut nasi tu nangis nanti. 
Nasi boleh nangis ker? Sebenarnya tak la. Kan membazir kalau makan tu tak habiskan. Membazirkan amalan syaitan. Kesian kat mak ayah kita. Penat diorang kerja nak cari duit bagi kita makan cukup tapi kita pulak membazir.

   7. Jangan duduk kat luar waktu Maghrib, takut kena sorok/sampuk dengan hantu.
Waktu Maghrib kan kita kena solat Maghrib. Selalunya kanak2 pulak selalu akan pergi mengaji al-Quran selepas solat Maghrib. Orang Tua2 cakap macam tu bukan ape, takut nanti kelam kabut diorang nak siap2 pergi mengaji tak pun takut terlewat.

  8. Jangan bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
Betul ker ular masuk? Sebenarnya saya pun tak pasti betul ke tak. Tapi mesti ada sebabnya nenek moyang kita tak bagi kita bersiul kat dalam rumah. Kalau nak tau jawapannya, balik kampungraya ni tanya la kat nenek ke atok kat kampung tu. *itupun kalau nenek ada lagi ler..

  9. Makan dalam pinggan/bekas sumbing, takut dapat anak sumbing. 
Islam sendiri tak bagi guna bekas yang sumbing ni takut nanti memudaratkan. Mana la tau tiba2 ada serpih kaca ke kat bekas tu, pastu kita guna pulak bekas tu kan dah cari penyakit. Kalau ada pinggan kat rumah tu tak kisah la jenama apa pun, mahal ke murah kalo dah sumbing tu buang jer. Tak payah nak sayang lagi. Mencegah kan lagi baik dari mengubati.

10. Jangan makan dalam gelap, nanti makan dengan jin.
Ish, ade kejin nak makan dengan kita? Tapi ikut logiknya, kalo kita makan dalam gelap, kena plak lauk time tu ikan, memang cari nahasla. Nak tau kenapa? Yela kan ikan banyak tulang, makan plak dalam gelap, kalo terlekat tulang macam mana? Tak dapat nak dibayang kan macam mana. Siksa terlekat tulang ikan tu tak tau nak cerita. Saya dah pernah alami. Memang perit!!




p/s : nak tulis entry ni dah lama dah tapi asyik tertangguh sebab malas nak taip..hihi..Nak siapkan entry ni pun taip dari Jumaat tengahari, tapi pagi Sabtu baru siap...wakaka

Thursday, July 14, 2011

Senarai Laman Sosial Kat Malaysia

Assalamualaikum..
Bestnye tengok korang semua tido. Nape la saya tak boleh tido nyenyak cam korang. 
Tak pe la. Tak payah fikir pasal benda ni semua. Saya pasti ramai yang ada laman sosial kan? Tak kira la FB ke Twitter k, MySpace k. Janji ade jugak walaupun 1. 
Saya ada la wat research siket pasal laman sosial yang femes kat Mesia ni *research la sangat, padahal cari kat cik Google jer

1.) Facebook  

Korang semua mesti ade akaun Facebook ni kan?. Tipula kalau korang cakap tak de. Budak2 sekolah rendah pun dah ade Facebook la sekarang ni. Ada yang lagi advance tu sampai 2 akaun Facebook. 

                                           2.) Twitter
Tweet Tweet
Ni pun 1 lagi laman sosial yang kian meningkat naik popularitinya *cewah dah macam artis la plak Tapi betulla. Ramai artis sekarang yang ada Twitter nie. Kejap tweet sana kejap tweet sini. Saya pun ada Twitter tapi malas nak buka sebab tak biasa. 


                                          3.) MySpace
Sori la. Saya tak tahu sangat bab2 MySpace ni. Saya ada gak akaun MySpace tapi tak pernah buka pun. Tapi yang saya tahu kelebihan MySpace nie boleh letak lagu. 

   4.) Friendster
Ha ! Yang ni masa time saya sekolah dulu memang femes. Asal balik asrama jer ada orang cakap bab2 friendster ni. Haish. Saye ada jugak akaun friendster tapi bukan saya yang buat ok, kawan saya si Siah Siha yang tolong buatkan. Almaklumla dulu2 jahil bab2 internet segala bagai ni 

   5.) Tagged
Tagged ni popular kat Asia Tenggara jer. Orang Barat tak guna sangat pun Tagged ni. Tapi dulu la dalam tahun 2008 kot. Tapi pastu Facebook ni dilahirkan. So Tagged ni dah mula la kurang populariti dia nih. 

   6.) Formspring
Formspring ni boleh diibaratkan macam kaunter pertanyaan la. Sekarang ramai yang guna formspring sebab senang nak tanya. So sapa2 yang tak dak lagi benda nie boleh la sign up cepat2 pastu jangan lupa buka kaunter pertanyaan.

   7.) Tumblr
Tumblr plak function dia lebih kurang sama ja dengan Facebook. Kita boleh share video, photo, audio, link dan chat. Tapi yang menyusahkan sebab apa yang kita nak share kena bagi link. 

   8.) Blogger
Blogger sekarang dah jadi 1 trend dekat Mesia ni. Antara sebab orang berblogging nie nak share pengalaman diorang dan lagi 1 sebab nak dapat earning. Betul kan? Berblog ni tak salah asalkan jangan tulis2 perkara2 yang sensitif, mengaibkan orang lain senang cita perkara yang tak bagi orang lain rasa cam nak baling bom kat kita.

                                     9.) YM (Yahoo Mail)
Yahoo Mail atau singkatannya YM nie merupakan 1 cara untuk berchatting. Melalui YM ni kia dapat kenal manuasia dari serata pelusuk dunia. Masuk je chatroom, pilih negeri @ negara yang kita nak, add dia  pastu chat la. Senang kan? 







p/s : sekadar nie je yang saya tau. Kalau ada apa2 tambahan, jangan malu2 meOw, share jer.




  

Wednesday, July 13, 2011

Tahniah Buat Mawi ! Akhirnya.......

Assalamualaikum..
Dah habis minum petang? Cucur ape petang ni? Papun enjoy la teatime tu yer..
OK la. Saya ada story siket nak share ngan korang semua. Nak tau? 
Pagi tadi sebelum saya pergi kelas, saya buka la online nespaper. Saje nak tau perkembangan terkini. Almaklumla kat hostel tak de TV. Nak beli newspaper, sep bajet. *nampak sangat kedekutnya..hehe
Ada 1 berita tu pasal Ekin, bini Mawi tu dah pregnant. Alhamdulillah. Akhirnya selepas hampir 3 tahun diorang kahwin dapat jugak. Ekin pun kalau tak silap saya dah 2 kali gugur.
Agaknya doa Mawi dimakbulakan Allah selepas diorang menunaikan umrah bulan April hari tu. 
Ape pun tahniah la untuk diorang nie. Semoga kali nie dapat jugak diorang menimang cahaya mata. Amiin



p/s : Sebenarnya saya tak minat sangat pun dengan diorang ni. Tapi tumpang gumbira jer...hehe