Monday, July 25, 2011

Video : Puasa by Anwar Hadi

Assalamualaikum..


p/s : Tak sabar nak tunggu Ramadhan :)..

Segmen Cari Kembar

Hah? Nak cari kembar? ada ke yang kembar dengan saya dalam blog nih?
hehe.. tak de kot. Saya join segmen cik Najihah pasal blogger yang tarikh lahir sama dengan saya. *adake?* takpe2 kita try dulu yer ^^

nak join klik je header tu.

besday saya sama dengan hari guru..hehe

16 MEI 1992

Hari Isnin.

Assalamualaikum..
Kenapa tajuk entry kali ni hari ni Hari Isnin?..sebabnya kan hari ni kan hari Isnin. hehe tak de lah. Sebenarnya saya tak de idea la nak letak tajuk ape untuk entry kali ni. 
Oke saya nak cite apa yang saya buat hari ni. KOrang nak bace, silakan. Kalo tak nak, suke hatila. Saya bukan paksa pun. 
Hari ni kelas pukul 2 petang *bahagia boleh tido lama* tapi hari ni saya tido kejap jer oke! dari pukul 5 pagi *tido lewat siapkan assignment* sampai pukul 6 lebih. Lepas solat subuh terus mengadap lappy buka blog *sedih da brapa hari dah pesbuk tak boleh buka sebab virus* Dah puas blogwalking, komen entry blogger tengok jam pukul 12. Saya mandi then siap2 nak pegi klas *bajet nak pegi klas awal
Dah siap, sempat lagi posing ambik gambar. hehe *skali skala perasan cun* pukul 1.45 trus pegi umah Syima *classmate saya* pastu terus pegi klas. Sebelum nak print dulu homework tapi atas masalah teknikal kena buat lain lat cc. Sabo je la. ^^
Dah siap print baru pegi klas. Klas pukul 2 tapi saya masuk pukul 2.30. Da habes klas pegi makan. Sian perut saya nanges mintak makanan so saya kasi la dia mi hailam. 
Dah habis makan saya dengan Iqa pegi Fakulti Bahasa kejap *dengar la cik Iqa ni membebel kejap*
Pukul 5 kitorang ada klas Critical Thinking. *memang kritikal la aku kat dalam klas tu* tengok2 klas batal. apalagi? Hip Hip Hooray arr.^___^ 
Balik tu kitorang singgah kat pc fair jap. Cuci2 mata pastu balik. Eh tak sebab cik Teha nak beli makanan jap *masa tu la perut ni meragam sakan tak bole makan pedas siket*
Then terus la balik rumah saya yang tercinta ni. Sampai jer rumah faham2 je la kan ^^ hehehe. 

********************************************************************************************
Nak taip entry ni tergendala sebab tengok Nur Kasih The Movie dulu. Thanks to cik Seeha sebab bagi citer ni dan join saya tengok citer ni. 
psssss... Saya nak bagitau satu rahsia nih
Saya tengok Nur Kasih sampai nanges dan mata bengkak. hehe.. *saya memang suka sangat berfeeling nih*

p/s : nak komen apa komen jer. Saya tak kesah pun ^_^ Sori kalo ada terguna bahasa kasar atau yang tak sepatutnya. Sori oke! ^__________________^


I'm da chubby girl qaseh myra :)

Saturday, July 23, 2011

Rambut Paling Buruk


MEREKA mungkin menyangka mereka mencipta gaya baru. Tetapi fesyen rambut mereka itu sebenarnya memalukan dan dianggap sebagai potongan rambut paling buruk di dunia.
Koleksi gaya rambut yang gagal itu termasuk seorang lelaki dengan kepala yang dicukur botak kecuali empat tocang hijau.

Idea seorang wanita jelas begitu hodoh selepas dia membentuk sebuah helikopter, lengkap dengan ekor dan kipas pada tocangnya.


Seorang lelaki bertindak lebih berani dengan gaya rambut yang kelihatan seperti perhiasan kepala yang pernah digunakan Jesus Christ.

Sementara itu, seorang pelajar nakal menghasilkan wajah berjambang di atas kepalanya, mungkin untuk membolehkan dia tidur ketika kuliah.


Fesyen rambut mengejutkan itu disiarkan menerusi laman web Outbrain, tempat pengguna berjenaka mengenai kekurangan fahaman mereka terhadap fesyen.



Seorang lelaki Amerika keturunan Afrika mengambil kesempatan terhadap rambut Afronya, mencukurnya di sebelah atas untuk membentuk topi besbol, mungkin untuk melindunginya daripada cahaya mata hari.

Dalam pada itu seorang punk memeranjatkan rakannya apabila muncul dengan gaya rambut Mohwak gergasi, tegak setinggi lebih setengah meter di atas kepalanya.



sumber : MyMetro

Kartun Dulu-dulu

Assalamualaikum
Saya masa kecik2 dulu suka sangat tengok kartun, tapi bila dah besar ni kurang minat la nak tengok kartun nih. Dulu bila hari Jumaat ngan Sabtu kan cuti sekolah *kat Kedah* saya dengan adik2 saya wajib bila bangun pagi sarapan dengan kartun. haha. Sampai kami ni kena marah dengan mama sebab tak mandi. Dahtu kalo tengok sejam dua tak pa la jugak. Kalo dah boleh tengok kartun tu dari pukul 8 sampai pukul 12 tengahari tak beganjak dari depan tv sampai mama pon cakap "hampa makan la kartun tu hari ni". Meh sini saya cite sikit pasal kartun2 yang pernah saya tengok masa kecik2 dulu.


1.) Usop Santorian - Ditayangkan pada tahun 1993-1996,Usop Santorian ni merupakan kartun animasi pertama kat Malaysia. Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet. Usop Santorian ni ada 49 episod.


2.) Keluang Man - ditayangkan pada tahun 1998-2003, Keluang man merupakan watak kepada seorang pesakit mental iaitu Borhan yang juga seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital Tampoi. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin.

3.) Yokies - Disiarkan pada tahun 1998, saya tak berapa ingat sangat pasal kartun ni tapi yang saya tau kartun Yokies ni merupakan sebuah keluarga yang berbentu telur dan tinggal di dalam rumah telur. Sape yang pernah tengok citer ni?

4.) Teletubbies - Ditayangkan pada 31 Mac 1997 hingga 5 Januari 2001, watak Teletubbies ialah Tinky Winky, Dipsy, Laa Laa, dan Po. Jumlah episodnya ialah 365 dan bersiaran selama 24 minit. 
  • Tinky Winky ialah Teletubby lelaki tertua. Berwarna ungu dengan bentuk segitiga di kepalanya. Barang kesayangannya adalah tas tangan.
  • Dipsy, ialah Teletubby lelaki berwarna hijau. Barang kesayangannya adalah topi bercorak hitam putih. Punya bentuk garis lurus di atas kepalanya.
  • Laa-Laa, ialah Teletubby perempuan kuning. Hobinya bermain bola. Memiliki bentuk spiral di atas kepalanya.
  • Po, ialah Teletubby perempuan merah yang terkecil. Hobinya bermain skuter. Memiliki bentuk lingkaran di kepalanya.


5.) Barney & Friends - Mula ditayangkan pada tahun 1992 di Amerika Syarikat. Barney merupakan seekor dinasour berwarna ungu dan menyampaikan pelajaran melalui nyanyian dan tariaserta suka bersahabat. Saya paling suka lagu Barney I Love U!


6.) Anak-Anak Sidek - Mengisahkan 5 adik beradik iaitu Bun, Alan, Ajib, Aman, dan Adul. Anak2 Sidek nih of kos la citer pasal badminton kan? Tapi saya paling tak suka bila part gelanggang, shuttlecock n cicak cakap. Saya paling suka watak Bun sebab dia ni cool. haha bukan macam Ajib tu suka merepot.



  

Friday, July 22, 2011

Maksud Sebenar PEPSI

Assalamualaikum..
Maksud PEPSI tu sebenarnya
P = Pay
E = Every
P = Penny
S = Single
I = Israel
so, kalo digabungkan jadila Pay Every Penny Single Israel. 

Legging BUKAN Seluar!

Assalamualaikum..
Tadi masa saya tengah blogwalking, terjumpa plak dengan dokumentari tentanf Lengging bukan seluar. Tau tak napa legging bukan seluar? Sebabnya legging tukan stretching of cos la ikut bentuk kan? 
Papun korang layan la video ni dulu yer *mat saleh pon tau yang lengging tu bukan seluar, tapi kita?*



p/s : harap2 tak payah la pakai lengging tu kat luar yer. Buat malu n dapat dosa jer kalo orang tengok. Renung-renungkan dan selamat beramal.

credit to : ChaIyOk-ChaIyOk

Pemilik Sebenar Iklan Nie

Assalamualaikum n gud late night..ngee~

Oke, tadi saya ada join ceramah motivasi dekat kolej saya.. U olls guess what? Dia ni merupakan pemilik asal iklan ni then di jual kepada Petronas. 


Yang buat saya kagum dengan dia ni ialah sebenarnya dia hanya mempunyai satu jer kaki. So thats mean dia dalah golongan OKU. Tapi saya sebenarnya memang sangat2 kagum dengan kejayaan dan ketabahan dia even dia macam tu. Saya dengar dia bercerita pasal pengalaman dia belajar dulu memang sedih sangat sebab dia asalnya orang susah. Tapi da pandai berdikari sejak darjah 1 lagi. 

nilah orangnya Raja Shamri Raja Husin

Klik la SINI kalo nak tau lagi detail pasal Raja Shamri nih..:)

Thursday, July 21, 2011

Jom Layan Lagu hitam Kuning (Harimau Malaya)

Assalamualaikum..
Hai korang. Jom dengar lagu untuk skuad bola negara kita.*tetiba jer minat bola plak*



Hitam kuning hitam kuning
go tiger! go tiger!

Wednesday, July 20, 2011

Koleksi Google Doodle Bulan Julai (part 1)

Assalamualaikum..
Hai u olls..Hari bila buka je cik google, tengok doodle lain plak. Ada kacang hijau. Sempena sambutan ulang tahun Gregor Mendel. Kalau nak tau lebih lanjut pasal dia ni klik kat SINI jer...
oke la saya nak pelekat gambar2 Google doodle sepanjang bulan Julai nih.

1 Julai 2011 (Cabotage and Turkish Maritime Festival - (Turkey))

Dorothea MacKellar's 126th Birthday - (Australia)

D4G Poland Winner - (Poland)

2 Julai 2011 (Pedro Paulet's 137th Birthday - (Peru))

4 Julai 2011 (US Independence Day - (US))

5 Julai 2011 (Venezuela Independence Day - (Venezuela))

7 Julai 2011 (Miroslav Krleza's 118th Birthday - (Croatia))

8 Julai 2011 (Jean de la Fontaine's 390th Birthday - (France))

9 Julai 2011 (Argentina Independence Day - (Argentina))

12 Julai 2011 (450th Anniversary of St. Basil's - (Selected Countries))

13 Julai 2011 (Sir George Gilbert Scott's 200th Birthday - (UK))

14 julai 2011 (Bastille Day 2011 - (France))

18 Julai 2011 (Marine Day - (Japan))

19 Julai 2011 (Xu Beihong's 116th Birthday - (China, Hong Kong, Taiwan))

20 Julai 2011 (Colombian Independence Day - (Colombia))

Gregor Mendel's 189th Birthday - (Global)

p/s : Kalo nak tau lebih lanjut cari sendiri jer kat cik google yerr...
Nanti kalo saya rajin *_*  saya letak lagi gamabr2 doodles dari Google yerr..
Oke la. nak siapkan presentation untuk esok dulu. 
Bye!










Monday, July 18, 2011

"Aku Blogger Baru La Bang!!"


Kalo nak join kelik jer kat SINI

Nama blogger : Nor Amirah
Nama blog : Qaseh Myra..
Tarikh Berblog : Ermm..rasanya awal tahun 2011..
Entry paling popular : Tak de la popular sangat, Segmen Letak Foto kot..
Widget paling best : bee dekat corner kot. sbab comeyl sangat:)

Widget paling tak best : ermm...widget yang memberatkan lagi blog saya.

ucapan : Sesape yang nak tengok blog saya yang tak indah ni jemput la.. Kalau korang follow atau view saya punya blog insyaAllah saya view n follow balik...*ayat pasrah giler*

Facebook Bikin Saya Panas !!

Assalamualaikum..

Malam ni saya tak de mood nak tulis disebabkan geram dengan pesbok ni. Wordless......

geram!

tak suka!

virus pesbok!

laptop saya..
lambat loading!

Hati-hati !! Virus Baru Sedang Tersebar !

Assalamualaikum..

Kat sini saya nak bagitau something. Tadi saya ada wat entry tajuk "Saya Kena Hack Ke?".
Tapi sekarang saya baru tau yang tu bukan hack, tapi VIRUS!
Lagi sekali VIRUS OK!!
Kalau nak tau virus tu disebarkan melalui chat di Facebook.
Kalau nak tau macam mana dia antar, boleh la baca kat entry saya yang nih,
 Saya Kena Hack Ker?


p/s: kalo orang anta chat pelik2 dengan korang, better korang jangan layan walaupon orang yang anta chat tu orang yang anda kenal! Kang tak pasal2 dapat free virus malware

Saya Kena Hack ker??

Assalamualaikum..
Saya kena hacks ker?? Meg=h sini saya nak cita siket. Tengahari tadi dalam kol 12 saya tengah siapkan assignment. Sambil tu buka la 2 laman besawang sesawang febret saya nih pesbuk ngn belog. Tetibe ada la kak senior cos saya anta chat kat pesbuk.*padahal bukan akak tu pun*
Dy anta lebih kurang macam ni la kat chat saya

hi. how are you?

Wanna laugh? :)

It is you on the video ?)) want to see?)


Mula tu saya ingatkan video time kitorang punyacos dinner
tapi saya terkejut bila dia bagi link
Bila saya klik jer kat link tu dy buka Utube...lagi la terkejut tahap monyet makan cabai sebab title video tu ada nama saya, pastu semua friends saya komen kat situ ntah pa2..
yang dah view pon ramai gilaa! Nak tau berapa? 23473 org view!
Ni antara komen2 yang ada kat situ:

He must have been shamed to do that :))) Hana Farhanah 5 minutes ago
I had to update Flash Player, but it was worth it :)) this video is the very best! Syafiah Amalyna 6 minutes ago
one word for it – TERRIBLE!! Ariff Dzol 7 minutes ago
Breathtaking... Ahmad Pouzai 19 minutes ago* yg ni lg saya terkejut nak mampos! atok sedara saya komen?


Pastu "DIA" kata nak out selama sejam. Saya bagi link tu kat kawan saya suruh dia tolong tengok jap video tu. Tapi, dia pon tak boleh buka.
So ape motif "DIA" nak buat macam tu?
Lagi satu! tak lama lepas tu laptop saya ada notice suruh saya reboot sebab ada virus malware!
Ada sape2 yang pernah kena macam ni tak??
Tak ppon boleh bagitau saya apa sebenarnya yang berlaku?
Adakah pesbuk saya di hacks?

Sunday, July 17, 2011

Baru tau


Pernah tengok video nie?

Tadi saya tengah godek2 cik tenet, saya jumpa 1 entry nih pasal Qayyum , kartunis majalah Ujang nih da pun meninggal dunia kalo tak silap tengah bulan Jun 2011. Dia meninggal sebab stroke. Oke saya ngaku saya lambat dapat berita sebab tak tengok tv atau dengar radio sepanjang dok kat kampus nih. *__*

p/s : kalo orang cakap macam ujang dalam video nih, memang saya hilang sabo. Rasa macam nak hentak jer kepala dia ngan kulit kacang tanah! 
p/s lagi 1 : kalo tak tau yang mana satu ujang tu, tengok yang pakai baju kuning tuh oke!

Saya Blogger Dari Utara


Saya blogger dari Kedah

KAMI BLOGGER UTAGHA


Saya blogger dari Kedah


Segmen Letak Foto ........

Assalamualaikum..

Hai..
Asyik join segmen orang kali nie saya pun teringin gak nak wat segmen.
Segmennya ialah gambar yang anda tak boleh tengok/ tak sanggup tengok/ geli nak tengok.
Senang jer nak join segmen nie.

1.) Korang letak header saya pastu link kat entry nih


2.) Tajuk entry korang " Segmen Foto yang Saya Tak Sanggup Tengok/ Geli Nak Tengok/ Geli Nak Tengok. pilih yang mana satu korang nak label.

3.) Korang tak payah nak pelekat foto tu tapi just letak link foto tu. Tak kisah la korang ambik link tu kat blog ker kat Google ker. Suka hati korang ler nak letak berapa link kat situ tapi maksimum 5 jer.

contoh macam saya nie:

Last sekali korang boleh ler link kat entry tu kat sini..:)

5.) Tarikh tutup : Jumaat 22 Julai 2011 (11.59 malam)

p/s :1st time wat segmen nih. Harap2 korang sudi ler join segmen ni. :)

 ~segmen dah tamat ~

Segmen Jom Join Bloglist Pilihan Hati

Assalamuaalaikum..
hallo hallo kopi ke milo..hehe
Kalo sape2 yang boring atau tengah tak de keje dan tak de idea nak tulis entry ape macam saya ni jom la kita pakat2 join segmen ni terutama sekali untuk yang nak tambah follower macam saya nie. Kesian kat saya follower pun ciput jer. *macam nak raih simpati la plak*

Nak join klik jer kat sini


SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER




" Segmen Kenal Blogger Sampai Juling"


nak join klik sini yer..
cepat tau!

- name pemes -> nama penuh saya la yang pemes, amirah azhar
- tempat blaja @ keje ->  saya blajar kat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
- kate2 untuk cik Najihah -> gud luck dlm unia blogging nih :) 


Saturday, July 16, 2011

"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"

kalau nak join klik jer =)

saya tag : 

Senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel
  11. Momo Chan Collection
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali
  15. Aimi Craft
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls



'SEGMEN: SESI BLOGGER BERAMAH MESRA'...



Nama Blogger & Nama Penuh:Qaseh Myra/ Nor Amirah
Asal/Negeri : Kedah
Tahun Lahir:1992
Kategori Blog: Personal & informasi terkini
Sebab berblog: Suka share something dengan orang lain



Saya Blogger Kategori Masih Belajar


Saya blogger masih belajar

Umur : 19 tahun

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Diploma in English Language Studies

Friday, July 15, 2011

~ Saya Anak Kedah ~

Assalamualaikum..

Mownink!..
 Ada yang tengah breakfast tak? Kalo yang tengah breakfast tu hulur2 la siket dekat saya. 
Sapa anak Kedah? Ramainya.. 
Kedah tang mana? Laa kita sekampung.. hikhik
Kali ni saya malas nak tulis panjang lebaq pasal saya anak Kedah. 
Saya pelekat gambaq cukup la noh. 
Paham sendiri la kalo tak tau jangan segan silu, tanya ja.


Asal saya..

Tarikh Lahir..

sekolah rendah..

sekolah menengah..

last sekali...

=

=

=

=

=

=

=



Rasanya tu je kot yang saya nak share kat sini.
K bye!

Pantang Larang Orang Dulu

Asslamualaikum ..

Pernah tak mak kita tegur kita pastu kata "kalau orang tua2 dulu tak bagi ....." dan ayat yang sewaktu dengannya. *ikut negeri masing2 punya loghat
 Mesti bersebabkan kenapa mak kita cakap macam tu dan orang tua dulu2 pesan macam tu. Sebenarnya ada nasihat disebalik apa yang mereka larang.
Jom tengok contoh pesan orang tua dan sebabnya. Tapi yang saya senaraikan ni mengikut apa yang saya tau dan pernah dengar kat negeri saya Kedah. 

     1. Jangan duduk atas bantal, takut nanti jadi bisul. 
Diorang pesan camtu sebabnya takut nanti bantal pecah. Lagi 1, kan bantal tempat kita letak kepala, so tak elokla kita letak kepala pastu kita duduk plak atas bantal tu.

     2. Anak dara jangan nyanyi dekat dapur nanti dapat laki tua. 
Yang ni saya saya selalu buat. hihi.. Nak buat cam mana, dah hobi saya suka menyanyi *kalau suara cam Siti tak pe jugak! harap2 la tak dapat laki tua. Sebab musababnya adalah bila kita nyanyi dengan suara yang lunak dan perasan merdu tu, kita tak fokus plak apa yang kita masak. Takut bukan ja kita masak hangit,  mak mertua nak masuk meminag pun tak jadi. Beringatla yer..

     3. Jangan duduk depan pintu, nanti lambat kahwin
Kan nampak tak elok kalau duduk kat depan pintu tu. Tiba2 ada orang buka pintu tu,kan dah kena.

     4. Jangan Potong kuku mama, takut pendek umur.
Orang tua dulu tak bagi potong kuku malam2 sebabnya takut terpotong isi sekali tak pasal2 nangis tak berlagu. Kan dulu guna sumber cahaya dari pelita ja. Sekarang lainla sebab dah ada elektrik. 

    5. Jangan mengintai orang mandi, takut jadi ketumbit.
Tak baik tau intai orang mandi. Orang dulu2 mana ada tandas tertutup macam sekarang. Lagipun orang tengah mandi pakaiannya bukan la proper sangat kan? Berkemban jer. So, kepada sesiape yang mempunyai mata yang agak2 gatal tu elokla pergi rawat yer.

   6. Kalau makan nasi kena habiskan, takut nasi tu nangis nanti. 
Nasi boleh nangis ker? Sebenarnya tak la. Kan membazir kalau makan tu tak habiskan. Membazirkan amalan syaitan. Kesian kat mak ayah kita. Penat diorang kerja nak cari duit bagi kita makan cukup tapi kita pulak membazir.

   7. Jangan duduk kat luar waktu Maghrib, takut kena sorok/sampuk dengan hantu.
Waktu Maghrib kan kita kena solat Maghrib. Selalunya kanak2 pulak selalu akan pergi mengaji al-Quran selepas solat Maghrib. Orang Tua2 cakap macam tu bukan ape, takut nanti kelam kabut diorang nak siap2 pergi mengaji tak pun takut terlewat.

  8. Jangan bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
Betul ker ular masuk? Sebenarnya saya pun tak pasti betul ke tak. Tapi mesti ada sebabnya nenek moyang kita tak bagi kita bersiul kat dalam rumah. Kalau nak tau jawapannya, balik kampungraya ni tanya la kat nenek ke atok kat kampung tu. *itupun kalau nenek ada lagi ler..

  9. Makan dalam pinggan/bekas sumbing, takut dapat anak sumbing. 
Islam sendiri tak bagi guna bekas yang sumbing ni takut nanti memudaratkan. Mana la tau tiba2 ada serpih kaca ke kat bekas tu, pastu kita guna pulak bekas tu kan dah cari penyakit. Kalau ada pinggan kat rumah tu tak kisah la jenama apa pun, mahal ke murah kalo dah sumbing tu buang jer. Tak payah nak sayang lagi. Mencegah kan lagi baik dari mengubati.

10. Jangan makan dalam gelap, nanti makan dengan jin.
Ish, ade kejin nak makan dengan kita? Tapi ikut logiknya, kalo kita makan dalam gelap, kena plak lauk time tu ikan, memang cari nahasla. Nak tau kenapa? Yela kan ikan banyak tulang, makan plak dalam gelap, kalo terlekat tulang macam mana? Tak dapat nak dibayang kan macam mana. Siksa terlekat tulang ikan tu tak tau nak cerita. Saya dah pernah alami. Memang perit!!




p/s : nak tulis entry ni dah lama dah tapi asyik tertangguh sebab malas nak taip..hihi..Nak siapkan entry ni pun taip dari Jumaat tengahari, tapi pagi Sabtu baru siap...wakaka